Depression?
Kita sering dengar, terbaca atau ada rakan2 disekeliling kita yg mengatakan mereka mengalami "depress" atau tekanan sama ada tekanan perasaan atau pon mental yang boleh menjerumu ke arah kemurungan.
Pada awalnya ia adalah gangguan "mood" yang biasa tetapi bila berlarutan atau dipandang enteng jugak boleh menjadi serius. Ia menyebabkan gejala-gejala yang teruk yang mempengaruhi bagaimana perasaan korang, berfikir, dan mengendalikan aktiviti harian, seperti tidur, makan, atau bekerja.
Oleh hal yang demikian, tidak semua orang akan faham keadaan ini selagi mana mereka tidak merasakannya sendiri. Mereka yg normal akan mengatakan orang yg mengalami gejala kemurungan ini seperti mengada-ngadakan cerita atau berlebih-lebihan dalam memikirkan sesuatu perkara sehingga mengakibatkan gangguan pada emosi dan mental.
Bagi mereka yg mengalaminya pula, sebolehnya mereka tidak ingin sesekali pun perkara ni berlaku pada diri mereka dan mereka ingin "kongsi" cerita ini kepada kawan2 sekeliling tetapi sering kali disalah-ertikan. Ada jugak kawan2 yg memperlekehkan "depression" ini perlu dikawal sendiri dan jugak seorang yg lemah kerana tidak pandai mengawal emosi dan pemikiran.
Tidak semua orang akan faham keadaan ini selagi mana mereka tidak merasakannya sendiri.
Tanda dan Gejala
Sekiranya korang mengalami tanda-tanda dan gejala berikut hampir setiap hari, hampir setiap hari, sekurang-kurangnya dua minggu, korang mungkin mengalami kemurungan:
- Suasana yang sedih, cemas, atau jiwa "kosong"
- rasa putus harapan
- Rasa bersalah, rasa tak berguna, atau tidak berdaya
- Hilang minat atau keseronokan dalam hobi dan aktiviti harian
- Mengurangkan pergerakan atau kurang berkomunikasi
- Kerap gelisah dan rasa tak tenteram
- Kesukaran menumpukan perhatian, mengingati, atau membuat keputusan
- Sukar untuk tidur, kerap terjaga awal pagi atau tidur yang berlebihan
- Terasa macam nak bunuh diri dan cubaan untuk bunuh diri
Tidak semua tanda di atas berlaku pada setiap orang yg mengalami tekanan atau kemurungan. Berkemungkinan juga mereka mengalami banyak masalah yang tidak dapat dikongsikan.
Jika tanda-tanda tersebut berterusan terutama kalau korang rasa sampai nak bunuh diri tu, elok2 lah jumpa dengan pakar.
No comments:
Post a Comment